Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040) Sahih Ibnu Majah
Wednesday, June 3, 2015
puasa bakal menjelma
Ramadhan datang lagi
bila datang semua berpusu
cari makanan dan minuman
ahhh
mana pahala
bila datang semua berpusu
cari makanan dan minuman
ahhh
mana pahala
Tuesday, June 2, 2015
kanak-kanak sekarang tidak mengenali apa itu periuk kera............
Nepenthes Periuk Kera
Gambar
diambil di nurseri bunga. Nepenthes adalah satu-satunya genus dalam
famili Nepenthaceae dan ia dikenali juga sebagai 'pitcher plant' atau
periuk kera, tabung beruk dan periuk kerengga. Namun terdapat lebih dari
seratus spesis dan banyak lagi hybrids dan cultivars periuk kera
sekarang ini. Pokok nepenthes dianggap istimewa kerana kantung yang
terdapat di hujung sulur daun yang panjang. Pokok ini tumbuh samaada
memanjat pokok lain menggunakan sulur hujung daun, di atas tanah atau
sebagai epiphytes.
Nepenthes adalah pokok carnivorous dengan bahagian kantung yang berisi cecair sebagai perangkap mangsa. Cecair ini mengandungi bahan yang dapat menghadamkan mangsa yang kemudiannya diserap oleh pokok. Oleh itu pokok ini biasanya terdapat di tanah yang kurang subur dan berasid.
Selain menjadi tanaman hiasan, orang asli meminum air rebusan akar dan batang pokok nepenthes untuk merawat sakit perut, cirit birit, demam dan batuk. Air ini boleh juga dijadikan mandian untuk wanita selepas bersalin. Kantung nepenthes yang telah dibersihkan boleh digunakan sebagai bekas untuk mengisi makanan yang hendak direbus.

Subscribe to:
Posts (Atom)