Monday, September 21, 2015

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1.    Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun
ikan.    – Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.

Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta


Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.
Memilih Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah
Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar dan kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat: Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.
Gunakan maklumat yang positif
Beritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.
Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien
*      Sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
*      Buah-buahan pelbagai warna sebagai snek berbanding gula-gula.
*      Sayur-sayuran beraneka warna.
*      Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
*      Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
*      Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
*      Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.
Tetapkan peraturan makanan keluarga
Kanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.
Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.


Jadi contoh yang baik
Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.
Masak bersama
Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.
Membeli makanan bersama
Libatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.Bincang berkenaan pilihan makanan sihat
Selalulah berbincang dengan anak anda berkenaan pemilihan makanan dan mengapa pemakanan sihat itu penting untuk pembelajaran dan menjadi lebih aktif di sekolah. Sama ada di restoran makanan segera, kantin sekolah atau vending machine, galakkan mereka untuk memilih makanan yang berkhasiat seperti minuman bersusu atau jus buah-buahan berbanding minuman berkarbonat, dan sandwich berbanding keropok kentang.
Jelaskan kepada mereka bahawa anda selalu memilih makanan berkhasiat apabila membeli barangan dapur atau apabila makan di luar.Pastikan makanan berkhasiat mudah diperoleh
Sediakan bekalan makanan berkhasiat di rumah. Ini termasuklah pelbagai buah-buahan seperti pisang, jambu batu, epal dan oren serta sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, timun dan tomato (tidak ramai anak-anak yang makan sayur mentah) dan susu rendah lemak atau susu berperisa, keju, yogurt, snek bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula.

Ingatkan anak anda bahawa mereka boleh memilih makanan ini jika mereka lapar dan memerlukannya dalam keadaan tergesa-gesa.Jadikan waktu makan sebagai waktu bersama-samakeluarga.Jadikan waktu makan sebagai waktu yang penting untuk semua ahli keluarga. Waktu makan bersama-sama tidak hanya tertumpu pada waktu makan malam, ia boleh juga pada sebarang waktu makan yang sesuai dengan anda.

Makan bersama-sama mampu menggalakkan pemakanan sihat. Libatkan anak semasa merancang dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai  kepentingan memilih makanan berkhasiat dan makan bersama-sama.


Sunday, September 20, 2015

Friday, September 18, 2015

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG


• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan

• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:

• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.



1.KECEMERLANGAN PERIBADI
*Mempunyai keyakinan diri
*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
*Mengamalkan budaya ilmu
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi
dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.
*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .


 ESEI
Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

1.0  Pendahuluan

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi  sekolah dan negara mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat  Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan  mematuhi aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting
untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam  pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan,
persatuan atau pekerjaan dan lain-lain .  Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
4.0 Tonggak Dua Belas

4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas
Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas

4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)

4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)
4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)

4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of  Simplicity)
4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)
4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)
4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)
4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)
4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)
4.2.12
Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

http://pendidikanmy.blogspot.my/2012/10/esei-ciri-ciri-guru-cemerlang.html

kesihatan sepanjang hayat

1.makanan berkhasiat

2.senaman setiap minggu

3.berpuasa setiap minggu

.


sehatisejiwa



Hasil carian imej untuk sehati sejiwa logo             

Logo ini menggambarkan bentuk hati di mana semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dapat bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman. Bentuk hati juga menggambarkan rakyat Malaysia yang telah sekian lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Bulan adalah pelengkap bagi menggambarkan agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bentuk peta di kiri dan kanak menggambarkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu negara – Malaysia. Garisan dokongan berwarna merah di bawah bentuk hati menggambarkan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani. Warna yang dipilih juga ada pada Jalur Gemilang kebangsaan rakyat Malaysia.
Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.


Monday, July 20, 2015



Dalam usaha menambah pahala dan meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, digalakkan bersegera melaksanakan puasa enam hari selepas Aidilfitri, yang dikenali sebagai ‘Puasa Enam’.
Ibadat puasa perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh untuk taqarrub kepada Allah SWT, demi menundukkan hawa nafsu dan membersihkan diri. Sabda Rasulullah SAW :
“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.”(Riwayat Imam Bukhari)
FADILAT PUASA ENAM


Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya. Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:
  1. Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
  2. Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
  3. Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
  4. Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
  5. Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.

PAHALA SETAHUN PUASA
Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda:
“Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.
Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.

CARA PUASA ENAM
Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:
1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.
2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.
Lafaz niat puasa enam:

HIKMAH PUASA ENAM
  1. Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:=
  2. Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
  3. Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.
  4. Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari.
  5. Penyempurna daripada kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
  6. Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
  7. Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya.
  8. Segera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira, adalah bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.
  9. Berpuasa selepas Ramadhan bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya, yakni orang yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali lagi.

QADA’ DAN PAHALA SUNAT
Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya:
  1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
  2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.
  3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.
  4. Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.
Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Wednesday, June 3, 2015

Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040) Sahih Ibnu Majah

puasa bakal menjelma

Ramadhan datang lagi
bila datang semua berpusu
cari makanan dan minuman
ahhh
mana pahala
Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040) Sahih Ibnu Majah

Tuesday, June 2, 2015

kanak-kanak sekarang tidak mengenali apa itu periuk kera............

Nepenthes Periuk Kera


Nepenthes ventrata
Licin dan slim
Nepenthes burkei
Dotted, bibir tebal
Nepenthes ampullaria
Bulat gemok

Gambar diambil di nurseri bunga. Nepenthes adalah satu-satunya genus dalam famili Nepenthaceae dan ia dikenali juga sebagai 'pitcher plant' atau periuk kera, tabung beruk dan periuk kerengga. Namun terdapat lebih dari seratus spesis dan banyak lagi hybrids dan cultivars periuk kera sekarang ini. Pokok nepenthes dianggap istimewa kerana kantung yang terdapat di hujung sulur daun yang panjang. Pokok ini tumbuh samaada memanjat pokok lain menggunakan sulur hujung daun, di atas tanah atau sebagai epiphytes.

Nepenthes adalah pokok carnivorous dengan bahagian
kantung yang berisi cecair sebagai perangkap mangsa. Cecair ini mengandungi bahan yang dapat menghadamkan mangsa yang kemudiannya diserap oleh pokok. Oleh itu pokok ini biasanya terdapat di tanah yang kurang subur dan berasid.

Selain menjadi tanaman hiasan,
orang asli meminum air rebusan akar dan batang pokok nepenthes untuk merawat sakit perut, cirit birit, demam dan batuk. Air ini boleh juga dijadikan mandian untuk wanita selepas bersalin. Kantung nepenthes yang telah dibersihkan boleh digunakan sebagai bekas untuk mengisi makanan yang hendak direbus.