Memilih Makanan Sihat Untuk
Kanak-Kanak Sekolah
Sebagai
ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda
perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang
pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat
membesar dan kekal sihat.
Pemilihan
dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak
sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat
untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati
makanan berkhasiat: Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat
disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan
sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong
yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.
Gunakan maklumat yang
positif
Beritahu
anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat.
Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah
pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai
pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh
membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat
dalam keadaan yang gelap.
Tumpukan
kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien







Tetapkan peraturan
makanan keluarga
Kanak-kanak
lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga.
Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah
minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5
kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.
Tetapkan
beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti
memesan air buah-buahan atau air kosong.
Jadi contoh yang baik
Kanak-kanak
mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka.
Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak.
Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.
Selain
menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang
Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.
Masak bersama
Kanak-kanak
lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila mereka diberi
peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan.
Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut
kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan
mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.
Membeli makanan bersama
Libatkan
anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau
buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu
anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya
dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.Bincang berkenaan pilihan makanan sihat
Selalulah
berbincang dengan anak anda berkenaan pemilihan makanan dan mengapa pemakanan
sihat itu penting untuk pembelajaran dan menjadi lebih aktif di sekolah. Sama
ada di restoran makanan segera, kantin sekolah atau vending machine,
galakkan mereka untuk memilih makanan yang berkhasiat seperti minuman bersusu atau
jus buah-buahan berbanding minuman berkarbonat, dan sandwich berbanding keropok
kentang.
Jelaskan
kepada mereka bahawa anda selalu memilih makanan berkhasiat apabila membeli
barangan dapur atau apabila makan di luar.Pastikan makanan berkhasiat mudah
diperoleh
Sediakan bekalan makanan berkhasiat di rumah. Ini termasuklah pelbagai buah-buahan seperti pisang, jambu batu, epal dan oren serta sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, timun dan tomato (tidak ramai anak-anak yang makan sayur mentah) dan susu rendah lemak atau susu berperisa, keju, yogurt, snek bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula.
Ingatkan anak anda bahawa mereka boleh memilih makanan ini jika mereka lapar dan memerlukannya dalam keadaan tergesa-gesa.Jadikan waktu makan sebagai waktu bersama-samakeluarga.Jadikan waktu makan sebagai waktu yang penting untuk semua ahli keluarga. Waktu makan bersama-sama tidak hanya tertumpu pada waktu makan malam, ia boleh juga pada sebarang waktu makan yang sesuai dengan anda.
Sediakan bekalan makanan berkhasiat di rumah. Ini termasuklah pelbagai buah-buahan seperti pisang, jambu batu, epal dan oren serta sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, timun dan tomato (tidak ramai anak-anak yang makan sayur mentah) dan susu rendah lemak atau susu berperisa, keju, yogurt, snek bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula.
Ingatkan anak anda bahawa mereka boleh memilih makanan ini jika mereka lapar dan memerlukannya dalam keadaan tergesa-gesa.Jadikan waktu makan sebagai waktu bersama-samakeluarga.Jadikan waktu makan sebagai waktu yang penting untuk semua ahli keluarga. Waktu makan bersama-sama tidak hanya tertumpu pada waktu makan malam, ia boleh juga pada sebarang waktu makan yang sesuai dengan anda.
Makan
bersama-sama mampu menggalakkan pemakanan sihat. Libatkan anak semasa merancang
dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai
kepentingan memilih makanan berkhasiat dan makan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment