Antara tatacara pemakanan sihat
Rasulullah SAW adalah:
1.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda
memakan daging, ayam ataupun
ikan.
–
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama
susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan
laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur
maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif
dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Rasulullah
SAW melarang meminum susu bersama cuka.
kerana
cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis
perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
3. Elakkan
meminum susu bersama makan buah.
Contohnya
koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut
yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Rasulullah
SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam
Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan
laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut
dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga,
sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang
penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah
SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan
berat, seperti gandum atau roti.
Makan
buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah
selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila
kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh
dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Nabi
Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan
oat.Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’
mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan
berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan
phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi
yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal
penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu
mencegah kanser.
Al-Hakam
Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam
sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda
pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir
(lelah/asma).”
7. Baginda
SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna
(whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana
ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan
risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti
gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60
peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai
zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam
riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra
meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping
roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut
riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak
pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada
hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah
tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap
sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang
diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan
serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang
terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa
digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah
tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak
serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari
dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah
kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah
buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi
SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan
dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah
berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat
tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta
Oleh
itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan
oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan
ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru,
amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan
dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan
hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.
No comments:
Post a Comment