CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan
• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .
• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.
• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .
Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:
• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.
1.KECEMERLANGAN PERIBADI
*Mempunyai keyakinan diri
*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif
2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
*Mengamalkan budaya ilmu
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi
dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar
3. KECEMERLANGAN KERJA
*Pengurusan keceriaan bilik darjah.
*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .
ESEI
Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang
1.0 Pendahuluan
Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting
untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan,
persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
4.0 Tonggak Dua Belas
4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas
Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas
4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)
4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)
4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)
4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity)
4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)
4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)
4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)
4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)
4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)
4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)
4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)
http://pendidikanmy.blogspot.my/2012/10/esei-ciri-ciri-guru-cemerlang.html
No comments:
Post a Comment